suria

Nasib Pardew Terus Tak Menentu

Pardew mahu pasukannya terus berjuang untuk mempamerkan permainan yang lebih baik.
NASIB terus tidak menyebelahi pengurus Newcastle, Alan Pardew, selepas dikalahkah Stoke 0-1 awal pagi Selasa  namun dia bertekad untuk terus mempertahankan tugasnya membimbing pasukan itu.


Kata Pardew, gol jaringan pemain tinggi lampai Peter Crouch menyebabkan Newcastle kini berada di kedudukan tiga terbawah dan jika ia berterusan akan membuka jalan kepada mereka diturunkan ke liga bawahan.

“Tetapi saya perlu terus berjuang, pasukan juga mesti berjuang untuk mengubah keadaan,” katanya selepas perlawanan di Stadium Britannia itu berakhir.

Kekalahan itu juga menguatkan lagi desakan penyokong supaya Pardew dipecat untuk digantikan dengan pengurus lain.

Ditanya mengenai kemungkinan dia akan bertemu pemilik kelab, Mike Ashley, Pardew berkata, dia menjangkakan mereka akan berbincang secara serius dalam waktu terdekat.

Katanya, dia yakin Ashley mengharapkan nasib malang yang menimpa Newcastle akan berakhir.

“Hakikatnya, saya juga tidak mahu kelab ini kalah tetapi keadaan yang sedang saya alami ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia unik,” katanya.

Namun, sebagai pengurus profesional, kata Pardew, dia akan terus menjalankan tugasnya selagi diperlukan.

Bekas pengurus Southampton itu turut dikecam kerana gagal mencipta lebih banyak gol pada musim ini.

Katanya, ia memang menjadi masalah utama Newcastle setakat ini.

“Cara permainan kami mengecewakan di bahagian serangan.

“Kami akan melakukan beberapa perubahan untuk mengatasinya,” katanya.

Alan Pardew, Newcastle, Peter Crouch

Artikel Sebelum

Arsenal Ikat Giroud Hingga 2018

Artikel Berikut

Artikel Lain