Beliau berkata FAM tidak seharusnya mengubah tarikh yang sudah ditetapkan sebelum ini kerana ia hanya akan memberikan masalah kepada pasukan lain.
"Jadual perlawanan tidak harus di ubah sewenang wenang...Layanan pada pasukan hendaklah sama dan adil...jadual tidak boleh diubah atas kehendak satu pihak.
"Cukup-cukuplah buat benda sebegini....kekalkan jadual yang sudah lama di sahkan.....bila nak berubah ini?..."," katanya dalam laman sosial Facebooknya, Rabu.
Jumaat lepas, pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.