Bintang Arsenal berusia 25 tahun itu mengadu sakit di bahagian lutut kirinya dan diterbangkan ke Munich pada pagi Rabu untuk dirawat oleh doktor DFB, yang mendiagnosis terdapat koyakan di sebahagian ligamen lutut kirinya.
Ozil akan terlepas bermain di pusingan kelayakan Kumpulan D di Warsaw dan menentang Republik Ireland di Gelsenkirchen Selasa depan.
Dia juga terlepas perlawanan kelayakan menentang pasukan kerdil Gibraltar di Nuremberg pada 14 November serta perlawanan persahabatan menentang juara Eropah, Sepanyol pada 18 November. - AFP