SHANGHAI: Roger Federer menewaskan pesaingnya dari Perancis Gilles Simon 7-6 (6), 7-6 (2) di kejohanan Shanghai Masters, Ahad untuk meraih gelaran keempat tahun ini. Bintang Switzerland itu hampir tersingkir dari kejohanan pada perlawanan pembukaan menentang Leonardo Mayer. Tetapi dia berjaya bangkit daripada permulaan yang buruk untuk menewaskan pemain nombor satu dunia Novak Djokovic di peringkat separuh akhir dan kemudian Simon untuk mendapatkan gelaran pertama di Shanghai. Pada Isnin, Federer akan menduduki ranking kedua yang selama ini diduduki Rafael Nadal, buat kali pertama dalam tempoh lebih dari setahun.