suria

Rossi Terpantas Di Grand Prix Australia

Valentino Rossi.
PELUMBA Movistar Yamaha, Valentino Rossi meraih kemenangan keenam pada kejohanan MotoGP di Grand Prix Australia pada Ahad.

Rossi yang memulakan perlumbaan di petak kelapan menamatkan saingan dengan masa 40 minit, 46.405 saat.

Kemenangan tersebut adalah kejayaan yang ke-82 kalinya di dalam MotoGP.

Juara dunia, Marc Marquez dari Sepanyol yang menguasai litar Jepun pada minggu lalu terlibat dengan kemalangan pada 1o pusingan terakhir.

Marquez bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tempat kedua menjadi milik Jorge Lorenzo dari Sepanyol yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 40:57.241 saat.

Bradley Smith pula menduduki tempat ketiga selepas menamatkan perlumbaan dengan 40:58.699 saat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain