SEPANG: Pelumba Repsol Honda Team, Dani Pedrosa mencatat keputusan terpantas pada sesi Latihan Bebas 3 Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP), di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sabtu. Selepas mencatat masa terpantas pada sesi latihan pertama pagi Jumaat, Pedrosa berjaya mencatat masa terpantas 2’00.454 meninggalkan 0.165s di depan Jorge Lorenzo (Movistar Yamaha MotoGP) dan 0.209s rakan sepasukan Marc Marquez di tempat ketiga. Andrea Dvizioso (Ducati Team) dan Stefan Bradl (LCR Honda MotoGP) juga berada dalam kelompok lima terbaik. Sementara itu, lima lagi pelumba yang menguasai kedudukan sepuluh terbaik adalah Cal Crutchlow (Ducati Team), Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP), Aleix Espargaro (NGM Forward Racing), Bradley Smith (Monster Yamaha Tech3) dan Pol Espargaro (Monster Yamaha Tech3).