DARKO Milanic dipecat sebagai ketua jurulatih Leeds United selepas 32 hari menggalas tugas tersebut dan mengharungi enam perlawanan. Pemecatan itu diputuskan oleh pemilik kelab, Massimo Cellino apabila pasukan berkenaan tewas 1-2 kepada Wolves di Elland Road. Sehubungan itu, Leeds melantik Neil Redfearn sebagai jurulatih baharu bagi menggantikan Milanic dari Slovenia. Cellino Milanic dilantik sebagai jurulatih pada 23 September lalu dengan perjanjian selama dua tahun selepas kelab itu mengugurkan David Hockaday. Cellino meminta Pengarah Bola Sepak Leeds, Nicola Salerno menyampaikan berita pemecatan itu kepada Milanic selepas jurulatih berkenaan mempertahankan jawatannya pada sidang media perlawanan berkenaan. "Saya ingin meminta maaf kepada penyokong kerana anda memerlukan keputusan yang lebih baik," kata Cellino selepas menamatkan tugas Milanic.