suria

QPR: Redknapp Gembira Raih Tiga Mata Ke Atas Aston Villa

PENGURUS Queens Park Rangers, Harry Redknapp berpuas hati dengan aksi Charlie Austin yang menghadiahkan dua gol penting untuk kelab ini pada aksi Liga Perdana Inggeris bertemu Aston Villa awal pagi Selasa.

Kemenangan 2-0 itu sekaligus memberi sedikit kelegaan kepada Rangers yang kini berada di kelompok penyingkiran selepas tanpa sebarang gol dalam lima perlawanan sebelum ini.

Pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan gol pada minit ke-17 dan 69' dan bekas penyerang Swindon dan Burnley kini mencatat empat gol musim ini.

Redknapp percaya Austin akan membantu skuadnya itu mengubah nasib mereka musim ini untuk berada di tempat yang lebih selamat.

"Dua gol yang cemerlang dari Charlie. Saya tidak boleh minta lebih, dia mengetuai barisan serangan dan sudah tentu pemain yang luar biasa.

"Dia muncul tanpa di duga, bermain di Pooled Town dan Hungerford dan hanya Tuhan sahaja yang tahu ketika dia bermain di divisyen yang bawah, namun akhirnya menjaringkan gol dalam aksi Liga Perdana.

"Tidak ada sebab kenapa dia tidak boleh beraksi dengan baik dan mencatat jumlah gol yang banyak musim in," tambahnya.

Ia merupakan kemenangan kedua QPR musim ini dan kini meninggalkan kelab yang baharu beraksi dalam liga perdana, Burnley di tempat tercorot.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain