suria

Keputusan Sampel B Chong Wei Akan Didedahkan Hujung Minggu Ini - Khairy

Khairy Jamaluddin.
SUBANG JAYA: Biarpun keputusan Sampel B Datuk Lee Chong Wei akan diketahui pada Rabu, namun rakyat Malaysia hanya akan mengetahui mengenai keputusan ujian doping tersebut pada hujung minggu ini. 

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata keputusan ujian sampel B akan dimaklumkan terlebih dahulu kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan badan induk tersebut akan membuat kajian penemuan hasil ujian tersebut. 

"Jika ia masih positif, mereka akan memaklumkan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan penyelesaian isu tersebut mengambil masa beberapa hari," katanya. 

Bagaimanapun, beliau menambah kemungkinan keputusan sampel B negatif adalah sangat tipis, serendah 99 peratus, dan pada kebiasaannya keputusan adalah sama dengan keputusan ujian doping yang dijalankan 2 Oktober lalu. 

Pemain badminton negara itu terpalit dengan skandal doping selepas beliau dipercayai gagal dalam ujian doping yang dijalankan pada Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lalu.

Artikel Berikut

Nadal Selamat Jalani Pembedahan

Artikel Lain