suria

Doping: Sampel B Chong Wei Sah Positif

KUALA LUMPUR: Ujian sampel B milik pemain No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei disahkan positif Dexamethasone.


Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan membuat pengumuman rasmi pada sidang media pukul 2 petang Sabtu di Bukit Kiara.

Sidang media ini akan diketuai oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria.

Chong Wei yang menjalani ujian doping secara rambang pada Kejohanan Dunia di Copenhagen baru-baru ini, turut berada di Oslo pada 5 November lalu bagi melihat sampel B miliknya itu dibuka.

Beliau berdepan dengan hukuman penggantungan dua tahun daripada beraksi, namun akan diberi peluang membuat rayuan dengan Persatuan Badminton Dunia (BWF) dan tarikh akan diberitahu kemudian.

Artikel Lain