Selepas tewas straight set kepada Kei Nishikori pada Ahad lalu dan kemenangan tersebut sudah mencukupi buat pemain No.5 dunia itu untuk mengekalkan peluangnya dalam Kumpulan B untuk mara ke separuh akhir.
Terdahulu, Federer menewaskan Nishikori 6-3, 6-2 dalam masa 69 minit untuk melepasi halangan dalam perlawanan kedua Kumpulan B.
"Pada Ahad, tidak terlalu banyak magik tetapi hari ini saya melakukan beberapa pukulan yang baik pada waktu yang tepat. Saya mempamerkan aksi terbaik dari awal permainan sehingga perlawanan selesai. Saya gembira dapat menang," katanya.
Murray turut menegaskan beliau tidak sabar untuk bertemu Federer dan berharap agar dapat mengekalkan momentum terbaiknya.
"Saya seronok beraksi menentangnya (Federer). Saya harap dapat bermain dengan baik, saya perlu melakukannya untuk mara ke kelompok empat teratas," katanya.