CRISTIANO RONALDO menafikan telah memberi gelaran 'motherf*****' kepada bintang Barcelona, Lionel Messi seperti yang didakwa seorang wartawan bola sepak Sepanyol, Guillem Balague. Wartawan itu dalam penulisannya mendakwa Ronaldo mempunyai musuh di Barcelona iaitu Messi dan menggelar pemain terbabit dengan cacian. "Ini sama sekali tidak benar dan saya telah mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab. "Saya menghormati semua rakan pemain profesional dan Messi tidak terkecuali," jelas bintang Real Madrid itu. Balague mendakwa, gelaran yang diberikan Ronaldo itu dibocorkan oleh sumbar dalaman di Bernabeu. Katanya, Ronaldo memberi gelaran itu kepada Messi apabila mereka bertembung dalam pemilihan anugerah Ballon d'Or. Menurut wartawan terbabit, gelaran itu juga selalu disebut Ronaldo ketika bercerita mengenai Messi atau Barcelona.