suria

Jelajah ATP Dunia Akhir: Djokovic Singkir Nishikori Mara Ke Final

PEMAIN No.1 dunia, Novak Djokovic menamatkan aksi Kei Nishikori pada saingan separuh akhir Jelajah ATP Dunia Akhir dengan 6-1 3-6 6-0 di O2 Arena awal pagi Ahad.

Pun begitu, jaguh Serbia itu terpaksa berdepan dengan aksi garang pemain Jepun yang bangkit pada set kedua selepas tewas babak pertama.

Namun Djokovic kembali menguasai permainan sekaligus mencatat kemenangan ke-31 di gelanggang ‘indoor’.

“Kei bermain dengan baik, malah mempamerkan aksi cemerlang sepanjang musim ini namun dia membuat kesilapan berganda pada set ketiga,” jelas juara grand slam tujuh kali ini.

“Dan selepas ini sudah tentu saya akan melihat aksi separuh akhir di antara Roger Federer dan Stanislas Wawrinka sambil menikmati 'popcorn’ di atas katil saya,” jelasnya selepas perlawanan. 

Djokovic bakal bertemu Federer ataupun Wawrinka pada aksi final nanti. 

Pemain berusia 27 tahun yang telah mengesahkan gelaran nombor satu dunia menjadi miliknya tahun ini bakal menjadi pemain pertama selepas Ivan Lendl (1985-87) yang menjuarai jelajah buat kali ketiga berturut-turut ini sekiranya dia menang di pentas akhir nanti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain