suria

Jelajah ATP Dunia Akhir: Federer Bertemu Djokovic Di Pentas Akhir

Federer (kiri) bersalaman dengan Wawrinka selepas tamat perlawanan separuh akhir.

JAGUH tenis Switzerland bangkit pada set kedua sebelum menang 4-6 7-5 7-6 ke atas rakan senegaranya, Stanislas Wawrinka pada aksi separuh akhir Jelajah ATP Dunia Akhir di London awal pagi Ahad.

Pemain pilihan kedua itu bakal bertemu pemain No.1 dunia dari Serbia Novak Djokovic di pentas akhir awal pagi Isnin nanti.

"Saya hanya bertuah. Stan bermain lebih baik dari saya, tetapi saya terus mencuba.

"Permainan yang sukar, namun saya teruja mara ke final sekali lagi," jelasnya.

Federer terpaksa bekerja keras untuk menang dengan mengambil masa selama dua jam 48 minit menjadikan perlawanan paling lama pada aksi kali ini.

Juara 17 grand slam ini pastinya akan menggunakan peluang akhir itu untuk membalas dendam ke atas Djokovic selepas tewas pada aksi sama 7-6 (8-6) 7-5) pada tahun 2012.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain