BENEFICA sedia mengurangkan kos pemindahan pemain tengahnya, Nicolas Gaitan daripada £36 juta kepada £28 juta seperti yang diminta Manchester United. Kelab gergasi England itu sebelum ini dikaitkan dengan Gaitan tetapi gagal menyelesaikan pemindahan apabila Benefica menuntut bayaran sebanyak £36 juta. Bagaimanapun kelab itu kini sedia melepaskan pemain tengah Argentina terbabit pada harga yang diminta United. Berikutan itu, Gaitan dijangka berhijrah ke United pada tingkap pemindahan Januari ini sekiranya harga itu dipersetujui Old Trafford. Pemindahan pemain perancang itu dilapor dipengaruhi oleh rakan senegaranya, Angel Di Maria yang turut berada di United sejak Ogos lalu.