MELBOURNE: Nick Kyrgios yang ibunya berasal dari Malaysia memenangi anugerah berprestij Newcombe Medal setelah dinobat sebagaipemain tenis terbaik Australia. Remaja berumur 19 tahun ini mengatasi calon lain seperti veteran juara grandslam Lleyton Hewitt dan Samantha Stosur serta 'super-mum' tenis Casey Dellacqua untuk menjadi pemain termuda pernah memenangi anugerah itu. Kyrgios pernah mengalahkan pemain nombor satu dunia Rafael Nadal pada kejohanan Wimbledon Julai lalu.