PARIS SAINT-GERMAIN (PSG) dilapor akan melakukan bidaan sensasi untuk mendapatkan Angel Di Maria jika tindakan mereka tidak menyalahi undang-undang Financial Fair Play (FFP) lapor Starsport. Di Maria tiba di Manchester United pada Ogos menerusi pemindahan bernilai £59.7 juta yang memecah rekod pembelian pemain di Liga Perdana Inggeris. Sebelum itu, PSG pada Mei telah dikenakan denda sebanyak £20 juta kerana melanggar undang-undang FFP ketika melakukan pembelian pemain. Berikutan itu, persatuan bola sepak negara itu meminta PSG tidak melakukan pembelian pemain dengan bidaan tinggi sehingga akhir musim liganya. Bagaimanapun pengendalinya, Laurent Blanc tetap inginkan Di Maria seperti yang telah mereka rancangkan sebelum pemain itu ke United. Menurut Starsport, penghijrahan Di Maria akan memberikan peluang kepada Louis van Gaal untuk membawa Marco Reus ke Old Trafford. Hal ini kerana, Van Gaal kini dilaporkan semakin hampir dapat menebus kontrak Reus yang bernilai £19.75.