PENGENDALI Liverpool, Brendan Rodgers mengakui sedang melakukan rombakan terhadap corak serangan pasukan itu selepas mereka menghuni tangga ke-12 ketika ini. Pada musim lalu, gaya serangan yang diilhamkan Rodger serta dibarisi Luis Suarez, Daniel Sturidge dan Raheem Sterleing berjaya membawa skuad berkenaan sebagai naib juara Liga Perdana Inggeris. Malagnya, corak tersebut tidak lagi membawa tuah buat Liverpool apabila Suarez berhijrah ke Barcelona manakala Sturidge dibelenggu kecederaan. Berikutan itu, Rodgers perlu merencana serangan baharu yang mampu dimanfaatkan oleh penyerang baharu iaitu Mario Balotelli dan Lazar Markovic. "Saya bukan berfantasi. Saya punyai kaedah, kepercayaan dan falsafah. Oleh itu saya perlu berubah untuk mendapatkan keputusan lebih baik," katanya.