"Dakwaan-dakwaan tersebut tidak benar. Anda tidak boleh sesuka hati berkata sesuatu hanya kerana saya terlibat dengan kes doping. Adakah dia mempunyai apa-apa bukti untuk menguatkan dakwaannya," katanya kepada The Star Online, Selasa.
Chong Wei, 32, menyerahkan surat tuntutan melalui pasukan undang-undangnya, Song and Partners kepada Razif dan akhbar harian itu minggu lepas.
Razif, dalam laporan itu telah mendakwa bahawa Chong Wei telah menggunakan bahan yang dilarang untuk satu jangka masa yang lama dan disedari oleh pegawai-pegawai dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Chong Wei, yang gagal ujian doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen pada 30 Ogos digantung sehingga pendengaran dijalankan oleh BWF.
Beliau berdepan penggantungan selama dua tahun.