ALEXIS SANCHEZ membuktikan dirinya sebagai pemain berharga di Arsenal apabila berjaya menjaringkan gol penting ketika menentang Southampton pada Rabu. Pemain kebangsaan Chile itu menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk memastikan Arsenal tidak terus 'tertanam' di kedudukan Liga Perdana Inggeris. Usaha gigih Sanchez dalam perlawanan itu mendapat pujian pihak media England dan penyokongnya manakala baki pemain lain diejek. Mana tidaknya, ketika Sanchez berusaha untuk mendapatkan gol, pemain Arsenal lain seakan selesa dengan di kedudukan keenam liga di belakang West Ham. Berikutan itu, penyokong Arsenal menyifatkan hanya Sanchez sahaja yang berusaha untuk menghidupkan pasukan itu manakala pemain lain sekadar mencukupkan kuota 11 pemain di atas padang. Gambar ejekkan media England menunjukkan hanya Sanchez memikul bebanan pasukan manakala baki pemain lain tidak menjalan tanggungjawab dengan baik.