Didier Drogba berjaya menyumbangkan satu gol dan membuka satu ruang untuk rakannya menyumbat satu lagi gol dalam perlawanan yang menyaksikan Chelsea membelasah Tottenham Hotspur 3-0 di Stamford Bridge. Penantian Spurs untuk mencipta kemenangan di Stamford Bridge akan memasuki tahun ke-15 selepas dua bintang kelab tu, Eden Hazard dan Dider Drogba serta seorang lagi rakan sepasukan mereka menghadiahkan Chelsea kemenangan 3-0. Pasukan tuan rumah menyumbat dua gol dalam tempoh tiga setengah minit selepas gol pertama, melalui Hazard dan Drogba, untuk memecahkan azam lawan mereka. Spurs meningkatkan permainan pada separuh masa kedua tetapi gagal mendapatkan sebarang gol ekoran barisan pertahanan yang lemah menyebabkan pemain yang menggantikan Drogba, Loic Remy menambah gol ketiga pada minit ke-73. "Drogba pemain yang bermain untuk pasukan... dia mempunyai mentaliti orang lama, tidak pentingkan diri, tidak ego, merendah diri dan berjuang untuk pasukan. "Dia langsung membuatkan saya terkejut. Saya menentangnya ketika bersama Real Madrid dan ketika Chelsea bertemu Galatasaray. "Saya dapat lihat potensi yang masih dimilikinya dan inilah yang saya jangkakan, saya tidak pernah meraguinya. Dari sudut mental, tidak diletakkan dalam kesebelasan utama setiap perlawanan, saya tahu dia akan mengadaptasi peranan baru ini," kata pengurus Chelsea, Jose Mourinho. Chelsea masih menjadi pendahulu liga dengan penyandang juara, Manchester City kekal di kedudukan kedua.