suria

Jurulatih Arab Saudi Lopez Caro Dipecat

Juan Ramon Lopez Caro

JUARA asia tiga kali, Arab Saudi memecat jurulatihnya, Juan Ramon Lopez Caro - menyebabkan pasukan itu tanpa bimbingan menjelang sebulan pembukaan Kejohanan Piala Asia di Australia.

"Ahli lembaga telah membuat keputusan menamatkan kontrak Lopez Caro dan pembantunya.

"Presiden FA Ahmed Eid akan bertanggungjawab mencari jurulatih baharu dalam minggu ini.

"Bekas jurulatih Real Madrid itu dilantik membimbing pasukan Arab Saudi tahun lalu selepas Franks Rijkaard dipecat apabila berada dalam keadaan tertekan gara-gara gagal membawa kejayaan dalam aksi Piala Gulf bulan lalu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Arab Saudi pada Sabtu.

Arab Saudi tewas 2-1 pada aksi akhir bertemu Qatar di laman sendiri, di Stadium King Fahd.

Pada aksi di Australia bermula 9 hingga 31 Januari ini, Arab Saudi berada dalam Kumpulan B bersama Uzbekistan, Korea Utara  dan China.

lopez caro, arab saudi, piala asia

Artikel Lain