suria

Pele Hadiah Nyanyian Untuk Peminat Yang Prihatin Kesihatan Dirinya

LEGENDA bola sepak, Pele telah menyiarkan video di laman Facebooknya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan dirinya cepat sembuh ketika dia yang berada di hospital ekoran jangkitan buah pinggang semakin pulih.

Penyerang berusia 74 tahun itu menjalani rawatan di unit rawatan rapi kerana masalah kencing, menurut kenyataan hospital Sao Paulo, mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia bahawa kehidupan bintang legenda itu dalam bahaya.

Pele mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesihatannya dengan bermain pada gitar dan menyanyi lagu di hadapan pasangannya, Marcia Aoki, dan dua orang anak perempuan.

"Saya hanya mahu mengambil kesempatan ini untuk memberi penghargaan kepada anda semua, semua orang di seluruh dunia yang bimbang tentang kesihatan saya," kata Pele dalam bahasa Portugis menerusi video yang dirakam di wad.

Posting video itu bertajuk 'obrigdao' (terima kasih dalam bahasa Portugis)

"Terima kasih kepada Tuhan saya berada dalam keadaan baik, saya berehat dengan baik, saya di sini dengan keluarga saya."

Dia kemudian menambah dalam bahasa Inggeris: "Jangan bimbang! Terima kasih tak terhingga! Saya tahu semua orang bimbang tentang kesihatan saya tetapi saya OK. Saya menjemput anda sekali lagi untuk datang ke Brazil! Nikmati Sukan Olimpik!

"Kita akan mengambil bahagian dalam sukan itu bersama-sama, ini akan meningkatkan kesihatan saya."
Pele, obrigdao

Artikel Sebelum

Artikel Lain