suria

Tenis Terbuka Australia: Serena Williams Mara Pusingan Kedua

Serena Williams. Foto AFP

PEMAIN nombor satu dunia, Serena Williams meraikan 100 minggu berturut-turut memegang gelaran itu apabila mara ke pusingan kedua kejohanan tenis Terbuka Australia.

Juara Grand Slam 18 kali itu menewaskan pemain ke-106, Alison Van Uytvanck dari Beligum dengan 6-0,6-4.

"Saya sentiasa gelisah dan gementar pada musim pertama tetapi sungguh baik hasilnya kerana menang pada hari ini," kata Williams.

"Dalam fikiran saya (gelaran ke-19) tetapi pada masa yang sama terdapat ramai pemain yang juga mahu menang pada kejohanan ini.

"Jika saya dapat mendapatkannya buat kali ke-19, di Austalia, sudah tentu menakjubkan. Banyak yang perlu saya usahakan tetapi saya mendapat kepuasan diri," katanya.

Artikel Lain