PEMAIN pilihan keenam, Andy Murray berjaya mara ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Australia selepas menumpaskan Marinko Matosevic yang lebih dikenali dengan gelaran 'anjing gila' 6-1, 6-3, 6-2. Murray, 27, kini akan berhadapan dengan pemain nombor 55 dunia dari Portugal, Joao Sousa dalam pusingan ketiga nanti. Marinko Matosevic pemain nombor 81 dunia, yang biasanya bermain agresif bagaimanapun seperti berjaya dijinakkan oleh Murray hanya dalam tempoh sejam lebih sedikit sahaja.