suria

Piala FA: Man United Menang Selesa 3-0

MANCHESTER: Juan Mata, Marcos Rojo dan James Wilson memberikan kemenangan selesa 3-0 kepada Manchester United untuk mengetepikan kelab kerdil, Cambridge United dalam perlawanan kedua, pusingan keempat Piala FA pada Rabu.

Dalam perlawanan itu, United yang membariskan kesebelasan utama bernilai £231 juta berjaya memperolehi gol pertama menerusi Juan Mata, sebelum Marcos Rojo menanduk masuk gol kedua.

Penyerang muda kelab itu yang gagal menghasilkan gol sebelum ini iaitu James Wilson akhirnya  berjaya menghadiahkan gol ketiga menerusi rembatan kencang.

Menerusi kemenangan itu, United bakal bertemu Preston North dalam pusingan kelima selepas kelab tersebut berjaya menewaskan Sheffield United 3-1.

"Pemain telah lakukan apa yang diperlukan. Kelab, penyokong dan staf mahu kami memenangi Piala FA tahun ini.

"Ini adalah peluang terbesar kami untuk memenangi piala, tetapi kami perlu menang empat atau lima perlawanan lagi untuk menjadi juara" kata pengendali United, Louis van Gaal.


Manchester United, Marcos Rojo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Piala FA

Artikel Lain