PEMAIN tengah Real Madrid, James Rodriguez terpaksa berehat dua bulan selepas mengalami kecederaan ketika aksi kemenangan 2-1 ke atas Sevilla Rabu lalu. Bintang Colombia itu mengalami kecederaan di kakinya setelah diterjah pada minit ke-28 di Santiago Bernabeu sebaik sahaja menjaringkan gol pertama Madrid pada minit ke-12. Rodriguez,23, dihantar ke hospital dan disahkan mengalami patah tulang metatarsus di kaki kanannya sekaligus memerlukan pembedahan dilakukan. "Selepas pemeriksaan dilakukan di Hospital Sanitas La Moraleja, dia disahkan mengalami patah tulang di bahagian kaki kanannya. "Dia bakal menjalani pembedahan dalam masa terdekat," jelas kenyataan kelab.