ATLETICO Madrid umpama berada di alam mimpi apabila berjaya membelasah pasukan teratas La Liga, Real Madrid dengan jaringan 4-0 pada perlawanan awal pagi Ahad. Tiago Mendes membuka jaringan untuk Atletico pada minit ke-13 dan kemudiannya gol kedua pasukan itu disumbangkan Saul Niguez pada minit ke-18 melalui gol akrobatik hanya beberapa minit selepas menggantikan Koke. Mario Mandzukic meraikan kejayaannya dengan rakan sepasukan, Fernando Torres selepas berjaya menjaringkan gol keempat untuk pasukannya. Pada separuh masa kedua Antoine Griezmann dan Mario Mandzukic masing-masing melengkapkan gol Atletico untuk memalukan Real yang berada di tangga teratas La Liga. Kemenangan itu menyaksikan Atletico mengurangkan jurang untuk menghampiri Real yang menjadi pendahulu liga. Atletico kini berada pada kedudukan ketiga di belakang Barcelona.