NAMA Senna kembali menjadi sebutan dalam pasukan McLaren tahun ini selepas anak saudara kepada bekas juara Formula Satu (F1) mendiang Ayrton diumumkan sebagai pemandu jentera McLaren GT Sportscar pada Isnin. Bruno Senna yang juga bekas pelumba F1 dan Le Mans amat teruja menyertai pasukan ini dan bakal menyertai beberapa siri perlumbaan bersama jentera baharu McLaren 650S GT3. “Satu penghargaan buat saya kerana dapat menyertai pasukan McLaren yang telah banyak mencatat kejayaan besar kepada pakcik saya,” jelas pelumba kelahiran Brazil ini. Ayrton Senna menjuarai gelaran juara F1 buat kali pertama ketika bersama McLaren pada tahun 1988 serta 1990 dan 1991. Ayrton meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Imola pada tahun 1994 sebaik sahaja berpindah ke pasukan Williams.