Acara larian tahun ini yang diadakan dengan kerjasama Yayasan Jantung Malaysia itu, akan diadakan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, masing-masing pada 19 April dan 24 Mei.
Larian sejauh 12km dan 5km berjalan kaki santai untuk semua peringkat umur dan tahap kecergasan itu, dijangka berwarna-warni kerana peserta yang mengambil bahagian akan dilimpahkan dengan serbuk berwarna semasa perlumbaan itu, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Life Datuk Koh Yaw Hui dalam kenyataan di sini Isnin.
Beliau berkata larian di Pulau Pinang akan berlangsung di Padang Kota Lama manakala perlumbaan di Kuala Lumpur diadakan di Dataran Merdeka.
Koh berkata larian tersebut adalah berkonsepkan untuk menggalakkan kesihatan dan meningkatkan tahap kebahagiaan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari laman http://www.greateasterncolourmyheartrun.com dan juga 'Colour My Heart' Facebook Fans Page (laman peminat) untuk maklumat terkini dan promosi khas.