ADAM Lallana menjaringkan gol kemenangan bagi membolehkan Liverpool bangkit setelah ketinggalan di Crystal Palace, sekali gus menempah tiket ke suku akhir Piala FA. Liverpool yang mara dengan mata 2-1 dalam perlawanan pusingan kelima di tempat lawan, awal pagi Ahad, ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama apabila Fraizer Campbell menyumbat gol pertama untuk tuan rumah pada minit ke-15. Pada babak kedua, Daniel Sturridge berjaya mengikat kedudukan 1 - 1 menerusi jaringannya pada minit ke-50 dan Adam Lallana mengesahkan tiket suku akhir buat pasukannya apabila dia menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-58. Ia adalah hasil daripada Mario Balotelli datang dari bangku simpanan dan menunjukkan kesan hampir serta-merta, apabila dia mengambil sepakan percuma yang membawa kepada gol kemenangan oleh Lallana yang disumbat masuk dari jarak dekat. Turut mara bersama Liverpool ialah Reading selepas menewaskan Drby County 2-1.