suria

Tim Sherwood Dilantik Pengurus Aston Villa

Tim Sherwood
TIM Sherwood telah dinamakan sebagai pengurus baharu Aston Villa, ekoran pemecatan Paul Lambert awal minggu ini.

Bekas pengurus Spurs itu telah disebut-sebut untuk memegang peranan tersebut, sehinggalah kelab Midlands mengesahkan berita itu pada Sabtu, melalui Twitter rasmi mereka.

Pemain berusia 46 tahun itu telah diberi kontrak untuk tempoh tiga-setengah musim seterusnya, membawanya mengakhiri kempen 2017-18.

Keputusan itu mengakhiri spekulasi mengenai Sherwood sejak beberapa bulan kebelakangan ini, di mana namanya telah dikaitkan dengan kebanyakan kekosongan Liga Perdana sejak Spurs melepaskannyai Mei lepas selepas menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan di White Hart Lane.

Sherwood secara meluas dijangka mengambil peranan di QPR selepas perpindahan Harry Redknapp, tetapi dia dilaporkan menolak peluang tersebut kerana perbezaan pendapat berhubung pampasan dan 'perang pemindahannya' untuk musim panas.

Sebagai ganjaran di atas kesabarannya, dia menduduki kerusi panas di salah sebuah kelab bola sepak yang telah lama bertapak England - walaupun Villa menunjukkan prestasi sangat lemah musim ini, berada di kedudukan ketiga dari bawah.

"Ia adalah satu penghormatan besar untuk menguruskan salah sebuah kelab terbesar dalam bola sepak Inggeris," kata Sherwood.

"Saya tidak sabar untuk memulakannya dan tidak sabar untuk cabaran itu."

Artikel Sebelum

Artikel Lain