BRANISLAV Ivanovic meneruskan prestasi cemerlang apabila menjaringkan gol tunggal untuk membantu Chelsea terikat seri 1-1 dengan Paris Saint Germain (PSG) dalam pusingan pertama kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah, di Stadium Parc des Princes, Paris awal pagi Rabu. Pemain Serbia itu menjaringkan gol ketiganya dalam lima penampilannya setakat ini. PSG mula mengatur serangan sejak awal babak pertama dan dua percubaan yang dilakukan Blaise Matuidi dan Zlatan Ibrahimovic berjaya dipatahkan penjaga gawang Chelsea Thibaut Courtois. Chelsea terlebih dahulu memecah kebuntuan apabila hantaran John Terry dikuis Gary Cahill kemudiannya dihantar kepada Ivanovic untuk disempurnakan pada minit ke-36. Cavani meraikan jaringannya untuk PSG. Bagaimanapun, pasukan tuan rumah bangkit apabila Edinson Cavani menyempurnakan hantaran Blaise Matuidi pada minit ke-54. Gawang Chelsea terus diuji menerusi percubaan Ibrahimovic pada masa kecederaan tetapi Courtois pantas menampan bola tersebut daripada menerjah gawang.