PEMAIN tenis No.1 dunia, Novak Djokovic, 27, menewaskan Tomas Berdych 6-0 5-7 6-4 pada aksi separuh akhir ATP Dubai, awal pagi Sabtu. Susulan kemenangan itu, Djokovic akan bertemu dengan Roger Federer di pusingan akhir. Federer turut mara selepas menundukkan Borna Coric 6-2, 6-1. "Pujian harus diberikan kepada Tomas kerana kembali beraksi. Dia beraksi dengan pukulan yang berkualiti. Federer pula pastinya cabaran terbesar buat saya," kata Djokovic. Federer mara ke final. Federer,33, mungkin gagal memenangi gelaran Grand Slam sejak kali terakhir menjuarai Wimbledon pada 2012 tetapi beliau berjaya membuktikan masih digeruni lawan. Coric yang berjaya mara ke pusingan final ATP buat pertama kalinya selepas menewaskan Andy Murray pada kelompok lapan terbaik masih belum berupaya menyekat kemaraan Federer. "Saya masih ingat seperti semalam... bagaimana saya beraksi di jelajah ini, menentang pemain yang saya selalu lihat di TV," kata Federer.