Pasukan dari Itali, Roma akan menentang Fiorentina manakala Villarreal dipertemukan dengan Sevilla yang juga seteru utama dalam aksi La Liga (Sepanyol).
Roma mara selepas menewaskan Feyenoord pada Khamis tetapi pasukan tersebut terpaksa berdepan cabaran lebih getir apabila diundi menentang Fiorentina yang menyingkirkan mereka pada aksi Coppa Italia musim ini.
Wolfsburg akan menentang Inter manakala Everton, pasukan tunggal dari Britain, pula diundi berdepan Dynamo Kiev.
Pertembungan 16 pasukan terakhir itu akan diadakan 12 Mac (pusingan pertama) dan 19 Mac bagi pusingan kedua.
Kelab Turki, Besiktas yang menewaskan Liverpool menerusi penentuan penalti akan berdepan Club Brugge dari Belgium.
Aksi final akan diadakan pada 27 Mei di Warsaw dengan juara akan mendapat tempat pada saingan Liga Juara-Juara Eropah.
Berikut adalah keputusan undian 16 pasukan terakhir Liga Europa 2015:
Everton lwn Dynamo Kyiv
FC Dnipro lwn Ajax
Zenit lwn Torino
VfL Wolfsburg lwn Inter Milan
Villarreal lwn Sevilla
Napoli lwn Dinamo Moscow
Club Brugge lwn Besiktas
Fiorentina lwn Roma