suria

Chelsea Benam Tottenham 2-0

Jose Mourinho (kiri) dan kapten pasukan Chelsea, John Terry (kanan) menjulang trofi selepas memenangi Piala Liga ketika menentang Tottenham Hotspur di Stadium Wembley.

LONDON: John Terry berjaya membantu Chelsea untuk menang 2-0 ke atas Tottenham Hotspur pada perlawanan akhir Piala Liga yang berlangsung pada awal pagi Isnin.

Kemenangan itu juga dikatakan yang pertama buat Jose Mourinho selepas ke pulang ke Stamford Bridge selaku pengurus pasukan.

Rembatan Terry meletakkan Chelsea di hadapan pada separuh masa pertama dan akhirnya The Blues mengesahkan kemenangan pada minit ke-56 apabila pemian Spurs, Kyle Walker menjaringkan gol sendiri pada minit ke-56.

Kejayaan itu merupakan gelaran pertama Mourinho sejak beliau kembali ke Stamford Bridge pada tahun 2013 dan yang ketiga bagi Piala Liga selepas kejayaan sebelumnya dengan kelab itu pada tahun 2005 dan 2007.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain