suria

Southampton Menang Tipis 1-0, Rampas Kedudukan Kelima EPL

Pemain Sadio Mane (dua, kiri) sewaktu memberikan gol pembukaan buat Southampton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris ketika bertemu Crystal Palace di Stadium St Mary di Southampton, selatan England, awal pagi Rabu. Foto AFP

SOUTHAMPTON akhirnya kembali ke puncak kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris sewaktu bertemu dengan Crystal Palaca di Stadium St Mary di Southampton, selatan England pada awal pagi Rabu.

Pasukan di bawah kendalian pengurus Ronald Koeman menang tipis 1-0 dalam perlawanan itu.

Dalam tiga perlawanan terakhir Southampton, pasukan itu hanya meraih satu mata membuatkan mereka terkeluar dari kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, gol tunggal Sadio Mane yang membolosi gawang Crystal Palace membuatkan Southampton kembali memperbaiki kedudukan mereka.

Tambahan tiga mata membuatkan Southampton meraih 49 mata dan menduduki tangga kelima, sekali gus mengusir Liverpool yang memperoleh 49 mata.

Namun ia tidak menjamin kedudukan buat Southampton kerana Liverpool akan kembali merampasnya sekiranya menang ke atas Burnley.

Southampton bukan sahaja akan kembali ke posisi keenam pada minggu ini, tetapi pasukan itu juga mungkin jatuh sehingga ke tangga ketujuh sekiranya Tottenham Hotspur memenangi dua perlawanannya akan datang, menerusi pertemuan dengan wansea City dan Queens Park Rangers.


Southampton

Artikel Lain