ASHLEY Young menjadi penyelamat buat Manchester United apabila menjaringkan gol pada saat akhir ketika menentang Newcastle dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di St James Park, Newcastle. Dengan masa semakin suntuk dan pesaing-pesaingnya pula menang dalam perlawanan liga di tempat lain, Manchester United dilihat buntu untuk menyusun strategi kemenangan namun Young berjaya membuat tendangan membolosi gawang yang dikawal Tim Krull pada minit ke-89. 'Kesilapan' Krull membuatkan pemain berusia 29 tahun itu memperoleh kemenangan tipis ke atas Newcastle 1-0. Manchester United menduduki tempat keempat dalam Liga Perdana Inggeris di belakang Arsenal dan dihadapan satu tangga dengan Liverpool, masing-masing memenangi perlawanan di tempat lain. Dengan kemenangan pasukan lain dalam kedudukan lima teratas, memberi cabaran buat Manchester United untuk merebut gelaran juara liga.