PERSAINGAN bagi kelayakan untuk merebut juara Liga Perdana Inggeris semakin sengit berikutan tiada perubahan pada kedudukan teratas pada perlawanan liga memasuki hari ke-28. Empat pasukan yang berada pada kedudukan teratas dengan perolehan mata yang begitu dekat masing-masing memperoleh kemenangan ke atas pihak lawan. Perebutan semakin sengit ini melibatkan empat pasukan iaitu Arsenal, Manchester United, Liverpool dan Southampton. Bagaimanapun, Arsenal dan Manchester United tetap berada pada posisi ketiga dengan masing-masing memperoleh 54 dan 53. Posisi kelima yang sempat diduduki Southampton sebelum ini kembali dirampas oleh Liverpool dengan 51 mata. Southampton memperoleh 49 mata. Arsenal yang berada pada kedudukan ketiga memenangi perlawanan ketika menentang Queen Park Rangers dengan 2-1. Manchester United pula memperoleh kemenangan tipis menerusi jaringan tunggal dalam perlawanan bersama Newcastle. Manakala Liverpool menewaskan Burnley dengan 2-0. Dalam perlawanan lain, Chelsea berjaya menundukkan Westham United dengan 1-0. Manchester City yang berada pada posisi kedua pula memenangi perlawanan ketika menentang Leichester Citu dengan 2-0.