MANCHESTER UNITED dilapor telah menyertai persaingan bersama beberapa kelab lain untuk mendapatkan pemain tengah PSG, Ezequiel Lavezzi. Di antara kelab tersebut, Liverpool dilaporkan antara pasukan yang sedang giat berusaha mendapatkan pemain Argentina itu. Bagaimanapun, United mempunyai peluang cerah untuk mendapatkan Lavezzi jika kelab itu sedia menyerahkan Angel Di Maria. Hal ini kerana, PSG sedia melepaskan pemain terbabit jika United bersetuju menyerahkan bekas pemain Real Madrid terbabit. Media Perancis melaporkan, tidak menjadi sesuatu yang mustahil untuk Di Maria ke PSG pada musim depan berdasarkan prestasinya yang semakin dikritik penyokong. Malah pemain terbabit juga seakan tidak gembira berada di United ketika ini.