suria

Cisse Mengaku Ludah, Berdepan Hukuman Gantung 7 Perlawanan

Cisse (jersi belang) dirakam sedang meludah Rabu lalu.

PAPISS Cisse menerima pertuduhan daripada Persatuan Bola Sepak Inggeris  (FA) berkaitan dengan kesalahan meludah ke arah pemain Manchester United, Jonny Evans.
  

Cisse berdepan dengan kemungkinan digantung tujuh perlawanan jika dikaitkan dengan kesalahan tersebut.

Penyerang Newcastle dan pemain pertahanan United itu dituduh berdasarkan Peraturan FA E1(a) berikutan insiden ketika aksi Liga Perdana Inggeris pada Rabu lalu di St James Park.

Namun, insiden meludah itu tidak dilihat oleh pegawai-pegawai perlawanan.

Pun begitu, Evans tidak mengaku bersalah dan memberi penjelasan bertentangan dengan Cisse yang mana dia menafikan tidak meludah kepada pemain lawan pada aksi kemenangan 1-0 ke atas Newcastle.

Kenyataan penafian itu dikeluarkan oleh kelab Red Devils pada Khamis malam.

Evans diberi tempoh sehingga Jumaat untuk menjawab pertuduhan tersebut.

“Saya terkejut dengan liputan media ketika perlawanan itu. Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak meludah ke arah Papiss Cisse,” katanya.

“Sudah semestinya saya berhati-hati daripada berbuat demikian. Malah ia bukanlah perangai saya untuk meludah sesuka hati dan ia tidak akan berlaku".  

Sementara itu Pengarah Urusan Newcastle, Lee Charnley berkata: “Kami dan Papiss bersetuju bahawa kelakuan itu tidak dapat diterima.

“Dalam kehidupan, jika kamu melakukan kesalahan, kamu perlu tampil mengaku dan menerima hukuman.

"Papiss sangat ‘pro-aktif’ dalam membuat pengakuan dan telah memohon maaf. Dia berbuat demikian dengan kehendaknya sendiri sebelum menerima sebarang arahan daripada FA".

papiss cisse, Jonny evans, Meludah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain