suria

Banglo Angel Di Maria Dijual Selepas Cubaan Merompak

BINTANG Manchester United, Angel Di Maria bakal mendiami rumah baharu selepas kediaman mewahnya sedang dijual pada harga £4.1 juta.

Bekas banglo pemain Argentina itu dijual selepas dia dan isteri dikejutkan dengan cubaan rompakan kira-kira dua bulan lalu.

Dalam kejadian pada sebelah malam itu, Di Maria dilaporkan sedang menonton televisyen bersama isteri, Jorgelina dan anak sebelum penggera berbunyi.

Hasil pemeriksaan, pemain itu mendapati pintu rumahnya cuba dipecahkan oleh perompak.

Berikutan kejadian itu, Di Maria kini memilih untuk tinggal di hotel mewah sementara mendapat kediaman yang lebih selesa dengan keselamatan yang terjamin.

Banglo yang kini berada di pasaran itu mempunyai enam bilik tidur, kolam renang tertutup, jakuzi, bilik persalinan, panggung wayang mini, bilik menonton kanak-kanak, bilik mainan, pejabat dan gym.

Manchester United

Artikel Lain