suria

Piala Davis: Murray Bawa Britain Mara Ke Suku Akhir, AS Tewas

Murray (tengah) bersama rakan sepasukan meraikan kemenangan ke atas pasukan Amerika Syarikat.

ANDY Murray menewaskan John Isner secara straight set sekaligus membantu Great Britain mara ke aksi suku akhir Piala Davis di Glasgow, awal pagi Isnin.

Murray tampil pada aksi perseorangan akhir dengan mendahului 2-1 selepas Britain menang dua aksi pada Jumaat dan tewas dalam acara beregu pada Sabtu dengan lima set yang penuh dramatik.

Pasukan Britain hanya memerlukan satu mata daripada dua aksi akhir ini bagi memastikan kemenangan di Braehead Arena.

Finalis Terbuka Australia ini mempamerkan permainan mantap dengan menewaskan bintang Amerika Syarikat (AS) itu 7-6 6-3 7-6.

Pada aksi tersebut Isner menunjukkan permainan terbaik, namun ternyata Murray mempunyai kelasnya tersendiri.

Kemenangan Murray dalam dua acara perseorangan memang dijangka.

"Perasaan sangat teruja. Kejayaan ini adalah hasil usaha pasukan dan setiap pemain memainkan peranan sendiri.

"Saingan beregu sangat menakjubkan dan James juga mencatat kemenangan luar biasa pada Jumaat.

"Sesuatu yang membanggakan apabila menjadi salah seorang pemain dalam pasukan ini. Terima kasiah kepada semua," jelasnya.

Pasukan Britain bakal berdepan dengan Perancis pada Julai ini.

Sementara itu juara bertahan Switzerland yang beraksi tanpa dua jaguh utama mereka, Roger Federer dan Stanislas Wawrinka tewas 3-2 kepada Belgium ketika aksi di Liege.

Pasukan Itali yang menyingkir Britain pada aksi suku akhir tahun lalu turut tewas kepada Kazakhstan di Astana apabila Aleksandr Nedovyesov yang berada di ranking ke- 130 dunia menewaskan pemain Fabio Fognini (22 dunia) dengan lima set untuk menang 3-2.

Kazakhstan akan terbang ke Australia yang telah merakamkan kemenangan ke atas Czech Republic di Ostrava.

Australia mara ke suku akhir buat pertama kali selepas tahun 2006.

Selain itu, jaguh no.1 dunia dari Serbia, Novak Djokovic membantu menewaskan Croatia 5-0 dan akan bertemu dengan Argentina atau Brazil di Buenos Aires.

Piala Davis, Andy Murray, Britain

Artikel Berikut

Artikel Lain