suria

Branislav Ivanovic Masih Belum Terima Kontrak Baru Dari Chelsea

Branislav Ivanovic (kanan) sudah pun menjangkau usia 31 tahun dan akan tamat kontrak bersama Chelsea menjelang hujung tahun depan.

> Real Madrid & PSG menunjukkan minat yang mendalam terhadap pemain pertahanan ini

> Pemain Serbia berusia 31 tahun itu akan tamat kontrak menjelang hujung 2016

> Chelsea kelihatan tidak terburu-buru untuk tawarkan lanjutan kontrak

PEMAIN pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic masih menunggu sama ada dia akan diberi perlanjutan kontrak melangkaui 2016.

Ivanovic, 31, akan tamat kontrak bersama Chelsea menjelang hujung tahun depan.

Chelsea sepertimana kelab-kelab besar dalam Liga Perdana Inggeris mempunyai satu polisi umum tidak menawarkan kontrak melebihi 12 bulan kepada mana-mana pemain yang menjangkaui umur 30 tahun dan ke atas.

John Terry, kapten pasukan itu, yang kini berusia 34 tahun telah ditawarkan kontrak lanjutan 12 bulan dari tahun ke tahun tanpa komitmen jangka panjang.

Jose Mourinho sebelum ini telah pun mengarahkan kelab itu membuat tawaran baru untuk Terry yang bermain cemerlang dalam final Piala Carling yang menyaksikan pasukan mereka menewaskan Tottenham Hotspurs 2-0.

Berhubung kedudukan Branislav pula, juara Perancis, Paris St Germain dan juara Piala Eropah, Real Madrid dilaporkan sedang memerhati perkembangannya.

Ivanovic menyertai Chelsea pada tahun 2008 dari kelab Rusia, Lokomotiv Moscow.

Sejak itu dia telah bermain mewakili Chelsea sebanyak 204 kali dan menjaringkan 20 gol - satu jumlah yang luar biasa untuk seorang pemain pertahanan.

Dia juga telah mewakili Serbia sebanyak 76 kali.

Bersama Celsea Ivanovic telah memenangi Piala Liga Perdana Inggeris (2009–10); Piala FA (2008–09, 2009–10, 2011–12); Piala Carling (2014–15); Piala Sumbangsih (2009); Piala Liga Juara-Juara Eropah (2011–12) dan Piala 

Europa (2012–13).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain