suria

Pahang Baiki Kelemahan Penyudah

KUANTAN: Pengendali pasukan Pahang Zainal Abidin Hassan melihat kelemahan pemain melakukan sentuhan penyudah mengundang kekecewaan dan ia akan diperbaiki secepat mungkin.

Katanya, dalam pertemuan dengan pasukan Global FC malam semalam (11 Mac) semua pemain menunjukkan kemahuan tinggi untuk menjaringkan gol namun terpaksa akur dengan perkongsian satu mata selepas seri tanpa jaringan.

"Kekurangan pemain (malam tadi) lalai menyempurnakan peluang yang banyak  terhidang.

"Mereka (pemain Pahang) telah berusaha keras nak mencipta gol tetapi  dikecewakan dengan sentuhan terakhir, tiada nasib untuk dapat gol yang perlu diperbaiki secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan dengan Global FC pada Rabu malam.

Walaupun pemainnya dilihat kepenatan Zainal berkata, mereka perlu terus  menjalankan tugas untuk menyiapkan diri bagi berkunjung di tempat lawan dengan ketahanan mental dan displin yang tinggi.

Beliau akan memperbaiki segala kelemahan yang timbul selain hanya akan  menurunkan pemain yang boleh memberi tumpuan 100 peratus.

Pada perlawanan pertama, Pahang menang tipis 3-2 ke atas kelab Myanmar, Yadanarbon FC di Stadium Mandalar Thiri, Myanmar pada Februari lepas manakala Global FC kalah 6-1 kepada pasukan Hong Kong, South China FC.

Pahang, bimbingan Zainal Abidin Hassan, akan meneruskan kempen Piala AFC dengan menentang South China FC di Hong Kong pada 15 April ini.

Pahang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain