suria

Chelsea Bida Pertahanan Real Madrid

CHELSEA sedang mempertimbangkan untuk membida semula pemain Real Madrid, Raphael Varane pada akhir musim ini.

Ini kerana, Jose Mourinho mengesahkan bahawa dia tertarik dengan aksi pemain pertahanan skuad antarabangsa Perancis itu.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez telah mendapatkan Varane yang bernilai £40 juta selepas dipujuk oleh Zinedine Zidane dan Real Madrid menyifatkan pemain berusia 21 tahun itu sebagai bintang harapan.

Bagaimanapun, Varane dilaporkan kecewa dengan tindakan Carlo Ancelotti kerana lebih gemar menurunkan Pepe dan Sergio Ramos sebagai pemain pertahanan utama.

Mourinho memerlukan Varane kerana bimbang dengan dengan aksi Gary Cahill yang dilihat kurang selesa untuk bermain bersama John Terry di bahagian pertahanan.

Pada masa sama, Manchester United turut meminati Varane sejak kelab itu tewas kepada Real Madrid pada tahun 2011.

Sir Alex Ferguson berminat untuk mengambil pemain itu dari Lens sebelum ini tetapi gagal dan berikutan itu United berharap Real Madrid bersetuju dengan bidaan kali ini.

Chelsea, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain