KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan 26 pemain untuk sesi latihan pusat kedua sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2015 di Singapura pada Jun. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini, berkata kesemua pemain perlu melaporkan diri kepada Kim Swee pada 18 Mac ini, di Intekma Resort and Convention Centre, Seksyen 7, Shah Alam. Skuad B-23 Malaysia bakal beraksi dalam tiga aksi pemanas badan di Bangkok, Thailand termasuk satu perlawanan menentang skuad B-23 negara berkenaan dari 21 hingga 31 Mac ini, demikian menurut kenyataan tersebut. Sesi latihan skuad B-23 negara bakal diadakan di Padang PKNS dan Wisma FAM, Kelana Jaya dari 18 hingga 20 Mac, sebelum mereka berlepas ke Bangkok. Senarai 26 pelatih: Harimau Muda C 1) R. Dinesh 2) Dominic Tan Jun Jin 3) M. Kogileswaran Johor Darul Ta'zim 4) Mohamad Amir Saidin 5) Mohamad Fandi Othman Johor Darul Ta'zim II 6) Mohammad Fazly Mazlan Kedah 7) Lew Han Hung 8) Muhamad Firdaus Muhamad 9) Muhammad Hanif Mat Dzahir 10) Muhammad Syafiq Ahmad 11) Muhammad Syazwan Tajudin Kelantan 12) Muhammad Syazwan Yusoff Felda United FC 13) Muhammad Ferris Danial Mat Nasir Negeri Sembilan 14) Mohamad Yatim Abdullah Pahang 15) Mohamad Nor Azam Abdul Azih 16) Mohd Rizua Shafiqi Kamaruzaman Perak 17) Ahmad Khairul Anuar Ahmad Zamri 18) Hamizul Izaidi Zulkifli 19) Mohamad Hafiz Ramdan 20) Mohd Norhakim Isa 21) Muhammad Fikri Sudin 22) Muhammad Nurridzuan Abu Hassan Saari Sabah 23) Md Rozaimi Abd Rahman Selangor 24) Saiful Ridzuwan Selamat Selangor PKNS FC 25) Mohd Arip Amiruddin T-Team 26) Mohamad Arif Fadzillah Abu Bakar @Muhammad