suria

Chelsea, Tottenham Mahukan Radamel Falcao

WALAUPUN hanya menjaringkan empat gol untuk Manchester United setakat ini, namun Radamel Falcao tetap menjadi rebutan kelab Liga Perdana Inggeris.

Penyerang Colombia yang berhasrat untuk kekal di United kini diintai Chelsea dan Tottenham Hotspurs.

Kedua-dua pasukan itu cuba mendapatkan Falcao selepas United didakwa enggan menjadikan dia sebagai pemain tetap selepas tempoh pinjaman tamat pada akhir musim ini.

Berikutan itu, difahamkan, Falcao sedia menyertai kelab di London jika mendapat tawaran.

Bagaimanapun pemain berusia 29 tahun itu perlu mengurangkan gajinya daripada £265,000 seminggu seperti yang diterima di United.

Selain Chelsea dan Tottenham, Arsenal juga pernah berusaha mendapatkan Falcao sebelum pemain itu memilih untuk bersama United.

Chelsea, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain