Menurut senarai yang dikeluarkan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) hari ini, skuad kendalian Mohamed Razip Ismail itu akan berada di sana selama lapan hari sehingga 23 Mac.
Sesi latihan dan siri perlawanan persahabatan adalah sebagai persediaan skuad Harimau Muda bagi menghadapi saingan Kelayakan Kejohanan Bola Sepak B-23 AFC 2016 di Stadium Shah Alam, pada 27 hingga 31 Mac ini.
Semasa di Yangon, mereka dijadual mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Bawah-20 Myanmar pada 19 Mac dan skuad Bawah-22 Myanmar pada 22 Mac.
Turut tersenarai Wan Ahmad Amirzafran Wan Idris, Muhammad Irfan Zakaria, Kenny Pallraj Davaragi, Muhamad Faizat Mohamad Ghazali, Shahrul Mohd Saad, Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak, Mohamad Syawal Nordin, Mohamad Raphi Azizan Mariappen, Ramzi Haziq Mohamad, Shafiq Shaharudin, Muhammad Nazmi Faiz Mansor dan Muhammad Farhan Ruslan.