Menerusi catatan terbaru di laman Facebook beliau, Najib berkata selain menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan rakyat, ia juga menitikberatkan penglibatan bersama atau 'mass participation'.
"Sebagaimana yang dibentangkan dalam Bajet 2015 pada tahun lepas, saya telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mengambil langkah bersepadu ke arah mentransformasikan Malaysia kepada negara bersukan.
"Bagi merealisasikan hasrat tersebut, petang tadi, saya telah melancarkan kira detik ke arah sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober nanti yang akan menglibatkan sektor awam, swasta dan rakyat secara serentak di seluruh negara," katanya.
"200 hari lagi ke Hari Sukan Negara. Kita bersukan bersama pada 10 Oktober!," katanya yang turut memuat naik gambar bersama-sama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan timbalannya Datuk M.Saravanan ketika pelancaran Hari Sukan Negara 2015 pada Selasa.